UMUR PANJANG

Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya, bahawa seorang lelaki berkata,

“Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang terbaik?” 

Baginda menjawab, “Orang yang panjang umurnya dan baik amalnya”. 

Dia bertanya lagi, “Lalu siapakah orang yang terburuk?”

 Baginda menjawab, “Orang yang berumur panjang dan buruk amalnya”.

[HR. Ahmad; Tirmidzi; dan al-Hâkim. 

Dishahihkan oleh al-Albâni rahimahullah dalam Shahîh at-Targhîb wat Tarhîb, 

3/313, no. 3363, Maktabul Ma’arif, cet. 1, th 1421 H / 2000 M]


Oleh itu, selalulah berdoa dan meminta panjang umur beserta baik amalnya dan nikmat sihat.


Sabda Rasulullah SAW: 

"Jangan sesekali kamu mengharapkan kematian disebabkan kerana mudarat yang menimpa dirimu."

 (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Dilarang sama sekali kerana umur yang diberi itu sebagai sebab untuk diangkat darjatnya di sisi Allah dan untuk dia bertaubat kepada Allah.

Bila menghadapi tekanan "depression", acapkali "suicidal thought" akan muncul di dalam kepala. Dan ia adalah pertarungan sengit di antara kita dan "suicidal thought". Sama ada kita yang menang atau "suicidal thought" yang menang. Semuanya bergantung kepada diri kita.

Ia kita rasa seolah-olah dengan mati segala sengsara dan sakit yang kita alami akan berakhir.

Malangnya, ia tidak akan berakhir seperti yang kita fikirkan. Selepas mati, kita akan masuk ke dalam alam barzakh dan dipertanggungjawabkan segala perbuatan yang kita lakukan semasa hidup di hari kiamat kelak.

Umur panjang yang di beri adalah untuk kita bertaubat dan mendapatkan keredhaanNya.

Jangan putus asa meminta keredhaanNya.

We are survivors!

Comments

Popular posts from this blog

REPOST : SELFCARE

INTENTION : DAILY ROUTINES

JAGA MULUT