UJIAN KUAT
Kita akan di uji sama ada kita ini hambaNya yang kuat atau tidak.
Kita adalah hambaNya yang kuat apabila
kita dapat mengawal amarah dan memaafkan orang yang berbuat salah kepada kita
Kemaafan yang ikhlas adalah tanda bahawa kita membuang segala perasaan sakit hati, marah, dendam dan menyampah daripada hati kita. Kemaafan sebenarnya adalah sesuatu yang sangat baik untuk diri sendiri. Ia bermaksud kita melepaskan diri kita daripada sebarang belenggu negatif yang akan merosakkan diri.
Kasihanilah diri kita sendiri. Berilah kemaafan kepada orang yang berbuat salah kepada kita. Bukan untuk dia tapi sebenarnya kemaafan itu adalah untuk diri kita sendiri. Sebenarnya setiap kebaikan yang Allah suruh adalah untuk kebaikan diri kita sendiri, bukan orang lain.
Ingatlah, sesungguhnya Allah amat mencintai mereka yang berbuat baik kepada orang lain.
![]() |

Comments
Post a Comment