TEGURAN

Bila ada seseorang memberi teguran, terimalah dengan hati yang lapang walaupun orang yang menegur itu tidaklah baik atau sempurna akhlaknya.

Kerana sesungguhnya, teguran dan ajakan untuk melakukan kebaikan itu adalah datangnya daripada Allah SWT dan disampaikan kepada kita melalui si dia.

Jangan sesekali menjadi "defensive" dengan berkata

"Kau pun tak betul, ada hati nak nasihat aku"

"Tak payah sibuk hal aku, jaga hal kau sendiri"

Sebaliknya, kita tarik nafas perlahan-lahan untuk tenangkan diri dan terima setiap nasihat ataupun teguran dengan baik. Tak perlu kata apa-apa, hanya perlu senyum dan bersyukur (Alhamdullilah).

Bersyukur kerana Allah masih sayang pada kita, "Allah still cares for us"

ADAB BAGI TEGURAN/NASIHAT

Sebelum bagi teguran, letakkan diri kita sendiri sebagai orang yang hendak ditegur.

Adakah kita suka kalau

ditegur secara perli? 

ditegur secara kasar?

ditegur secara memalukan?

ditegur secara terang-terangan di hadapan orang lain?

Tegurlah seseorang, sepertimana cara kamu hendak seseorang itu menegur kamu

Tegurlah secara hikmah dan penuh santun kerana itulah yang terbaik.

Terpulang kepada si penerima samada hendak terima atau menolak teguran yang diberi. Tugasan kita hanyalah menyampaikan kebaikan bukan memaksa orang melakukan kebaikan.




Comments

Popular posts from this blog

REPOST : SELFCARE

INTENTION : DAILY ROUTINES

JAGA MULUT