TAWADUK

Kata Imam Ghazali, setiap orang ada tertulis di dahinya “Hormati aku”. Bukan secara nyata tapi itulah gambaran pada diri kita. 

Kita suka bila dihormati dan tak suka bila direndah-rendahkan. Ini kenyataan.

Malangnya itulah ego.

Apa itu ego?

Definisi dari DBP :

"persepsi seseorang tentang harga dirinya"

Ego ialah bila semuanya berpaksi pada diri sendiri.

Contoh

berfikir andalah orang paling baik di dunia

berfikir andalah orang paling bijak di dunia

berfikir andalah orang paling berjaya di dunia

Semuanya adalah anda.


Apa itu Tawaduk?

"sifat terpuji yang menjadikan 

seseorang itu merendahkan diri 

tanpa melampaui batas 

hingga ke darjat menghinakan diri sendiri"


Tak pernah berasa orang lain lebih hina daripada diri sendiri kerana hakikatnya, diri sendiri tahu setiap satu dosa yang telah dilakukan.

Setiap kali terlihat orang melakukan dosa, jangan sesekali menghina atau menghukum. Begitu juga, dengan orang kafir kerana sesungguhnya kita tidak pernah tahu apa pengakhiran hidup setiap insan.

Mengakui kekuatan, kekayaan, kepandaian dan apa jua kelebihan yang dimilikinya, semuanya adalah pemberian dari Allah.

Jadi, jadilah orang yang paling baik iaitu orang yang memiliki akhlak yang mulia.

Justeru, kita hendaklah mengasihi diri kita sendiri dengan akhlak mulia dan membuang akhlak keji kerana perkara tersebut adalah perintah dan suruhan Allah Subhanahu Wata'ala dan Rasul-Nya.




Comments

Popular posts from this blog

REPOST : SELFCARE

INTENTION : DAILY ROUTINES

JAGA MULUT