PERMINTAAN & INAYAH

Rasulullah saw tidak mengajarkan kepada kita bila mana menghadapi kemusykilan, kesusahan ataupun apa sahaja jenis masalah untuk tidak melihat perkara masalah itu sahaja. Tetapi lihat kebaikan di sebalik masalah yang kita hadapi.

Imam Ali bin Muhammad bin Hussin Al-Habshi mengatakan,

"Jikalau permintaan yang kamu minta kepada Allah
itu tidak kunjung tiba,
maka hendaklah kamu merasa selesa
kerana yang disimpan oleh Allah itu
adalah perkara yang baik"

Ketahuilah dengan tidak diberi apa yang kamu minta, tersimpan segala rahsia yang terbesar yang Allah hendak beri kepada kamu.

Biasakan diri selesa dengan tidak diberi apa yang diminta.

Kenapa?

Sebab yang disimpan, dengan kita selesa atau redha tidak diberi itu, jauh lebih baik daripada apa yang kita dapat daripada pemberian itu.

Jikalau hati mengusik diri kita akan kebaikan-kebaikan yang telah kita buat,
seperti aku sudah buat qiamullail, 
aku sudah buat doa selamat. 
aku sudah infaq kepada anak yatim, 
aku sudah bangunkan masjid,
tetapi mengapa masih tidak kunjung tiba juga apa yang aku minta?

Jikalau sebegini yang timbul di hati kamu yakni seperti berburuk sangka kepada Allah, maka bangkitlah kamu yakni daripada kelalaian kamu sendiri. Dan tetaplah kamu berdiri di pintu harapan.

Jadikanlah pintu harapan itu sebagai tempat untuk kamu sentiasa berharap kepada Allah.

Sekecil  apa pun juga permintaan kita, hendaklah berdiri di hadapan pintu Allah.

Orang bila mana berdiri di hadapan pintu Allah, tidak akan kembaliu dengan tangan kosong.

Jangan kamu tanya dan jangan kamu meminta kepada anak-anak Adam, 
namun mintalah kamu kepada zat yang pintuNya tidak pernah ditutup iaitu Allah.

Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang suka meminta kepadaNya.

Pada zaman khalifah iaitu Sham Abdul Malik, suatu ketika seorang arifin sedang beriktikaf di Masjid Nabawi. Kemudian dihampiri oleh khalifah lalu bertanya kepada arifin itu,
"Apakah kamu ada hajat kepada saya?"

Lalu jawab arifin itu,
"Saya segan untuk meminta kepada kamu 
sementara saya berada di rumah Allah, 
iaitu tuan rumah ini, zat Maha Kaya. 
Kemudian saya meminta kepada makhluk. 
Maka malu saya untuk meminta"

Kemudian ditunggu sampai khalifah keluar, kemudianya juga arifin ini juga keluar. Didatangi kembali oleh khalifah keran suka kepada arifin itu lalu ditanya kembali,
"Sekarang kamu telah berada di luar rumah Allah, 
maka saya twarkan sekali lagi apakah ada apa-apa hajat yang kamu ingin minta kepada saya?"

Kata orang arifin itu,
"Kamu tawarkan kepada saya permintaan yang akan kamu penuhi, 
adakah itu permintaan akhirat ataupun permintaan dunia?"

Kata khalifah itu,
"Jikalau permintaan akhirat, 
saya tidak boleh beri kerana akhirat itu bukan saya yang punya. 
Namun, jika permintaan dunia, 
saya boleh beri kerana saya punyai dunia"

Kemudian berkata arifin itu,
"Jikalau hal dunia, kepada yang menciptakan dunia saya tidak meminta.
 Apatah lagi kepada kamu yang tidak ciptakan dunia"

Ketika ditanya kepada Rasulullah,
"Ya Rasulullah, apakah amalan yang jikalau saya buat Allah sayang kepada saya dan manusia pun sayang kepada saya?"

Jawab Baginda Rasulullah,
"Hiduplah kamu secara zuhud
 (merasa cukup dengan apa yang Allah bagi) di dunia, 
nescaya Allah suka kepada kamu"

"Dan hiduplah secara zuhud
(yakni tidak merasa ingin memiliki)
dengan apa yang dimiliki oleh orang lain,
nescaya manusia pun akan sayang kepada kamu"

Allah tidak akan memberikan pertolongan dengan adanya sesuatu yang melanggar perintah Allah.

Sumber : Buku Nasihat Buat Diri - Habib Ali Zaenal Abidin




Comments

Popular posts from this blog

REPOST : SELFCARE

INTENTION : DAILY ROUTINES

JAGA MULUT