JAHIL
Ingatlah, bagi sesiapa yang ingin hidup serba selesa di dunia ini namun mahu Syurga Firdaus, kata Baginda Rasulullah ini adalah orang yang jahil.
Orang yang jahil atau bodoh ini adalah orang yang selalu ikut hawa nafsunya untuk mencapai keduniaan, lalu meminta Allah dengan sesuatu nikmat yang terbesar di akhirat iaitu Syurga.
Jangan sesekali mimpi untuk masuk Syurga tanpa diduga.
Sesungguhnya Allah telah membuat suatu ketetapan iaitu jangan sesekali kamu menyangka bahawa Syurga dapat diperoleh dengan mudah.
Ia adalah mustahil.
Petikan dari buku Nasihat Buat Diri - Habib Ali Zaenal Abidin

Comments
Post a Comment