DALAM HATI
Allah, Ya 'Alim, Yang Maha Mengetahui.
Dia Maha Mengetahui segala-galanya termasuklah yang tersimpan di dalam hati kita.
Semestinya, apa yang berada di dalam hati jua akan dihisab kelak.
Maka, lakukanlah pembersihan hati dengan segara.
Bersihkan hati daripada segala penyakit hati
sombong (takabur)
bangga diri (ujub)
hasad dengki
cinta dunia
kikir
riak
Cara?
Berdoa kepadaNya kerana sesungguhnya Dialah Yang Maha Berkuasa di segala sesuatu.
Ya Allah, Ya Qudus, Ya Jalil sucikan dan jernihkan jiwa dan hati kami yang kotor ini
dari segala kotoran penyakit hati, karat dosa dan cinta dunia.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
buangkanlah semua sifat buruk, keji, sombong, ego, malas, bangga diri,
sambil lewa, tidak berlaku adil, merasa hebat, merasa orang lain lemah,
merasa memiliki, keangkuhan, suka mengumpat dan memfitnah orang
dan kesemua penyakit hati yang berada dalam hati kami ini.
Ya Allah, penuhilah hati kami ini dengan sifat-sifat mahmudah (sifat terpuji)
dan abadikan lah ia di dalam hati kami.
Ya Allah Ya Sami, Engkaulah Yang Maha Mendengar,
dengarlah permintaan kami dan makbulkanlah permohonan kami, Ya Mujib.
Ingat, kalau ada satu zarah sombong dalam diri, kita tak boleh jadi penghuni syurga. Itu hakikat!
Sabda Nabi Muhammad SAW:
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ
Maksudnya: Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong.
Sahih Muslim (51)
Yakinkan diri bila menyembah Allah, seakan dirimu melihat Allah.



Comments
Post a Comment