4 BULAN ISTIMEWA

Zulkaedah

Zulhijjah

Muharram

Rejab

Diharamkan berlakunya pertumpahan darah dalam empat bulan istimewa ini.

Berbuat zlim kepada diri sendiri dengan berbuat maksiat, berupa kemungkaran, pelanggaran, tangunggan dosanya lebih besar daripada selain empat bulan ini.

Dan semestinya, segala kebaikan yang dilakukan dalam empat bulan ini akan dilipat gandakan.

Di sarankan untuk berpuasa sunat dalam empat bulan ini.

Digalakkan perbanyakkan istighfar di bulan Rejab.

Mengambil cara Baginda Rasulullah beristighfar pada hari-hari biasa, sebagaimana yang diriwayatkan dalam satu hadith, maksudnya, 

"Wahai manusia, beristighfarlah kamu kepada Allah 

kerana saya beristighfar kepada Allah setiap hari sebanyak 70 kali"


Istighfar adalah memohon keampunan kepada Allah di atas segala dosa dan perbuatan jahat kita. Cara paling terbaik memohon keampunan Allah adalah memohon dengan seluruh hati dan jiwa. Ada macam-macam kalimah, boleh pilih mana-mana yang paling dekat di hati untuk diamalkan.




Comments

Popular posts from this blog

REPOST : SELFCARE

INTENTION : DAILY ROUTINES

JAGA MULUT